Kuarantin dan sekatan keluar negara Influenza_A_(H1N1)_di_Malaysia

Pada 24 Jun 2009,Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah mengeluarkan arahan melarang warga dan pelajarnya keluar negara. Jika tidak ada kemungkinan 100,000 pelajar UiTM di seluruh negara dijangkiti wabak dan kampus terpaksa ditutup sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar.[19]

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Ghauth Jasmon mengarahkan semua pelajar semester 1 bagi sesi pengajian tahun 2009/2010 mengisi Borang Deklarasi Kesihatan. Klinik Kesihatan Pelajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaya akan memantau kesihatan pelajar terutama pelajar asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Australia, Mexico, New Zealand, Singapura dan Thailand. Jika perlu, mereka akan dikuarantin di Rumah Antarabangsa, Rumah Kediaman Kakitangan Universiti Malaya dan Kolej Kediaman ke-11.[20]

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan kaedah kuarantin dan sekatan perjalanan ke luar negara menepati maqasid syariah (objektif-objektif syariah). Islam memperkenalkan kaedah samak 7 kali dengan air tanah dan kuarantin terhadap penyakit babi dan kusta. [21]

Rujukan

WikiPedia: Influenza_A_(H1N1)_di_Malaysia http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php...